Halaman

Ahad, April 04, 2010

Jalan susur keluar baru dalam pembinaan



Setiap bulan di adakan mesyuarat PBT, kami bangkitkan perkara ini setiap kali mesyuarat.Akhirnya berkat kesabaran dan kesungguhan perwakilan penduduk, susur keluar berjaya dalam pembinaan walaupun di kenakan tol bagi sesiapa yang hendak menggunakan susur keluar ini,tetapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesesakan lalulintas.

Ahad, Mac 28, 2010

FORUM MAAL HIJRAH

Sumber dari, surausandaranpermai@googlegroups.com

Marilah kita semua mengimarahkan surau di kawasan kita,mudah-mudahan dapat mengeratkan ukhuwwah fillah dan di rahmati oleh Allah s.w.t

Khamis, Mac 11, 2010

Penyelesaian buntu, Salah siapa?

Pada 1 Mac, telah di aturkan satu perjumpaan antara penduduk taman untuk menyelesaikan masalah gerai yang beroperasi secara tidak sah di hadapan asrama UITM Puncak Perdana.Malangnya, orang yang bertanggungjawab seperti Encik Adnan Abdul Kadir yang kononnya prihatin dengan masalah penduduk Taman Sandaran Permai tidak hadir.Blog beliau di sini kononnya prihatin, tapi bila di panggil ajak berbincang, tidak datang.Masuk ni dah dua kali beliau di panggil, tapi tidak datang.Dengan menggunakan nama persatuan penduduk yang telah 'expired' beliau kononnya memperjuangan nasib penduduk tapi sebenarnya berkempen untuk parti UMNO beliau.Dengan memaparkan masalah penduduk dalam masa yang sama memperlekehkan kepimpinan yang ada.Tapi bila di panggil berbincang, tidak datang.Adakah orang yang pengecut seperti beliau layak menjuarai masalah rakyat? Hanya tahu baling batu sembunyi tangan.Bila ajak berdepan, tidak mahu.Di bawah ni bukti screenshot menunjukkan persatuan taman beliau yang sudah lama mati.



Harap penduduk Taman Sandaran Permai dapat buat satu EGM untuk melantik kepimpinan baru demi kebaikan bersama.

Khamis, Januari 21, 2010

JPN pandang serius isu sekolah

Sumber : Sinar harian

SHAH ALAM – Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Selangor memberi perha- tian serius dan sudah mengambil tindakan sewajarnya berhubung masalah yang dihadapi oleh masyarakat yang tinggal di kawasan Puncak Perdana atau turut dikenali sebagai ‘Shah Alam Utara’.

Pengarah Jabatan Pela jaran Negeri Selangor, Dr Zahri Aziz berkata, jabatan sudah mengemukakan permohonan kepada Kemen terian Pelajaran Malaysia agar dibina dua buah sekolah rendah dan menengah di kawasan berkenaan.

“Kita sudah mengemukakan permohonan kepada kementerian yang mencadangkan sebuah Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana dibina di Seksyen U9 dan turut mencadangkan agar sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Perdana, dibina di Seksyen U10.

“Jabatan juga telah meminta agar cadangan pembinaan kedua sekolah ini dimasukkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK 10), bersama sekolah di kawasan lain di negeri ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Sinar Harian semalam, melaporkan mengenai penantian hampir 10,000 penduduk di sekitar Seksyen U10 dan Seksyen U9, Puncak Perdana, dekat sini serta kawasan berhampiran yang mahu kemudahan sekolah dibina di kawasan itu.

Menurutnya, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor turut meminta agar permohonan untuk membina kedua sekolah itu diberi keutamaan oleh Kemen terian, dan berharap agar ia dapat direalisasikan seberapa segera.

“Kita memang merancang untuk membina sekolah di kawasan yang mempunyai bilangan penduduk yang ramai,” katanya.

Rabu, Januari 20, 2010

Puncak Perdana Tiada Sekolah

Sumber : Sinar Harian

SHAH ALAM – Suatu situasi yang menghairankan apabila satu kawasan penempatan yang memiliki kapasiti lebih 10,000 penduduk tidak mempunyai kemudahan pendidikan sempurna walaupun hanya sebuah sekolah.

Keadaan itulah yang menjadi dilema penduduk di Seksyen U10 dan U9, Puncak Perdana, dekat sini biarpun kawasan perumahan itu sudah hampir satu dekad dibangunkan.

Sinar Harian difahamkan gara-gara ketiadaan sekolah rendah dan menengah menyebabkan lebih 2,500 pelajar di kawasan berkenaan terpaksa bertebaran meneruskan persekolahan mereka di lokasi yang jauh dari kediaman masing-masing.

Antara sekolah yang menjadi pilihan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) TTDI Jaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong serta sekolah rendah sekitar Subang.

Wakil Gabungan Bertindak Persatuan-Persatuan Penduduk Seksyen U10, Adnan Abdul Kadir berkata, pelan pembangunan sekolah di Seksyen U10, Shah Alam Utara masih lagi tidak dipertontonkan kepada orang awam sedangkan pelbagai usaha telah dilakukan penduduk termasuk pemaju yang sudah menyediakan tapak sekolah sejak 2003.

“Tapak sekolah telah sedia ada di Seksyen U10, namun ia menjadi kawasan terbiar walaupun masalah pembinaan sekolah telah diajukan kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan telah bertukar sebanyak dua kali.

“Pembinaan sekolah itu telah dijanjikan sejak 2007 namun pelan perancangan dan pembangunan sekolah masih belum ditunjukkan berkemungkinan disebabkan banyak masa pihak berwajib dihabiskan dengan berpolitik sehingga gagal menyiapkan tugasan reka bentuk sekolah,” katanya.

------------------------------
Nota : Menurut apa yang di bangkitkan oleh beliau, pemaju telah menyediakan tapak sekolah sejak 2003.Beliau tidak sepatutnya menunding jari mempersalahkan kerajaan pakatan rakyat yang baru memerintak sejak 2008.Seharusnya kerajaan terdahulu(Barisan Nasional) sepatutnya di persalahkan di atas ketiadaan prasana tersebut.pembinaan untuk sekolah sebenarnya ada tanggungjawab sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9). Kerajaan Negeri hanya bertanggungjawab keatas pembinaan masjid, surau dan sekolah agama sepertimana termaktub dalam artikel perlembagaan kerajaan persekutuan. Pembinaan sekolah Rendah/Menengah Kebangsaan adalah tanggungjawab sepenuhnya Kerajaan Persekutuan.Jadi masalah ini tidak seharusnya dibebankan kepada kerajaan negeri.Kerajaan Negeri hanya sekadar mengcadangkan dan mengadukan masalah ini kepada Kerajaan Persekutuan. Terpulang kepada kerajaan pusat untuk bertindak.Lagipun borang aduan telah diberi kepada persatuan penduduk yang di iktiraf sejak bulan Februari tahun lepas untuk di utaran masalah kepada sidang Parlimen oleh Y.B Khalid Samad,tetapi tiada aduan yang di terima oleh pusat khidmat.Diharap selepas ini ada kerjasama erat antara persatuan penduduk dengan ADUN Y.B Yakob Sapari serta pusat khidmat Parlimen untuk kebaikan bersama.

Rabu, Januari 13, 2010

Aduan dari Wakil Penduduk Subang Impian

Pihak pusat khidmat masyarakat telah menerima aduan dari wakil penduduk Subang Impian.Pihak kami telah panjangkan aduan ini terhadap pihak berwajib.Harap di ambil tindakan segera.Antara aduan yang di terima ialah
  1. Masalah lalulintas yang teruk di jalan Puncak Alam semasa waktu puncak (terutamanya waktu pagi). Pohon kerjasama dari Polis Trafik Shah Alam agar dapat menempatkan anggota untuk mengawal lalulintas di persimpangan lampu isyarat di jambatan masuk dari Jalan Sg Buloh lama ke Jalan Puncak Alam. Kesesakan yang teruk berpunca dari pertambahan penduduk di kawasan U10 dan kawasan sekitar.
  2. Keadaan jalan Puncak Alam yang berlubang-lubang dan tidak rata di hadapan papan tanda gergasi Cahaya SPK mengundang bahaya. Ditambah dengan kawasan menurun bukit dan juga berhampiran dengan persimpangan keluar/masuk ke Subang Impian. Mohon kerjasama dari pihak JKR.
  3. Tempat pembuangan sampah/sisa binaan yang beroperasi bersebelahan simpang masuk ke Subang Impian. Kedudukan jalan masuk yang tidak sempurna dan berdekatan laluan turun/naik bukit membahayakan pengguna lalulintas. Disinilah berlakunya kemalangan maut yang melibatkan lori dan penunggang motosikal pada 07/01/2010 (anak abang ramle). Terdapat lori keluar masuk ke kawasan ini dan tiada sebarang arahan papan tanda jalan yang memaklumkan akan kedudukan simpang haram ini amat membahayakan. Mohon kerjasama MBSA untuk bertindak jika tempat pembuangan sampah ini beroperasi secara haram/ tanpa lesen. 
  4. Terdapat kesan retak pada puncak bukit berbatu di penghujung jalan U10/58A. Gambar zoom yang diambil dari jalan U10/59 disertakan.


    Anak Abang Ramle kemalangan maut di Subang Impian

    Anggota kerja SIRIM Berhad, Mohd. Fazren b. Ramle, 22, Pembantu Metrologi dari National Metrology Laboratory, Sepang telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan di jalan raya di persimpangan lampu isyarat Subang Impian, dan meninggal di tempat kejadian. Arwah mula berkhidmat dengan SIRIM pada 2 Feb 2009.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah beliau. Amin.

    Note: Pusat Khidmat Masyarakat U10 Shah Alam mengucapkan takziah kepada keluarga Abang Ramle atas kejadian yang menimpa kepada anak beliau.Semoga keluarga Abang Ramle tabah menghadapi dugaan.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah anak Abang Ramle.Al-Fatihah