Halaman

Rabu, Januari 20, 2010

Puncak Perdana Tiada Sekolah

Sumber : Sinar Harian

SHAH ALAM – Suatu situasi yang menghairankan apabila satu kawasan penempatan yang memiliki kapasiti lebih 10,000 penduduk tidak mempunyai kemudahan pendidikan sempurna walaupun hanya sebuah sekolah.

Keadaan itulah yang menjadi dilema penduduk di Seksyen U10 dan U9, Puncak Perdana, dekat sini biarpun kawasan perumahan itu sudah hampir satu dekad dibangunkan.

Sinar Harian difahamkan gara-gara ketiadaan sekolah rendah dan menengah menyebabkan lebih 2,500 pelajar di kawasan berkenaan terpaksa bertebaran meneruskan persekolahan mereka di lokasi yang jauh dari kediaman masing-masing.

Antara sekolah yang menjadi pilihan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) TTDI Jaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong serta sekolah rendah sekitar Subang.

Wakil Gabungan Bertindak Persatuan-Persatuan Penduduk Seksyen U10, Adnan Abdul Kadir berkata, pelan pembangunan sekolah di Seksyen U10, Shah Alam Utara masih lagi tidak dipertontonkan kepada orang awam sedangkan pelbagai usaha telah dilakukan penduduk termasuk pemaju yang sudah menyediakan tapak sekolah sejak 2003.

“Tapak sekolah telah sedia ada di Seksyen U10, namun ia menjadi kawasan terbiar walaupun masalah pembinaan sekolah telah diajukan kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan telah bertukar sebanyak dua kali.

“Pembinaan sekolah itu telah dijanjikan sejak 2007 namun pelan perancangan dan pembangunan sekolah masih belum ditunjukkan berkemungkinan disebabkan banyak masa pihak berwajib dihabiskan dengan berpolitik sehingga gagal menyiapkan tugasan reka bentuk sekolah,” katanya.

------------------------------
Nota : Menurut apa yang di bangkitkan oleh beliau, pemaju telah menyediakan tapak sekolah sejak 2003.Beliau tidak sepatutnya menunding jari mempersalahkan kerajaan pakatan rakyat yang baru memerintak sejak 2008.Seharusnya kerajaan terdahulu(Barisan Nasional) sepatutnya di persalahkan di atas ketiadaan prasana tersebut.pembinaan untuk sekolah sebenarnya ada tanggungjawab sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9). Kerajaan Negeri hanya bertanggungjawab keatas pembinaan masjid, surau dan sekolah agama sepertimana termaktub dalam artikel perlembagaan kerajaan persekutuan. Pembinaan sekolah Rendah/Menengah Kebangsaan adalah tanggungjawab sepenuhnya Kerajaan Persekutuan.Jadi masalah ini tidak seharusnya dibebankan kepada kerajaan negeri.Kerajaan Negeri hanya sekadar mengcadangkan dan mengadukan masalah ini kepada Kerajaan Persekutuan. Terpulang kepada kerajaan pusat untuk bertindak.Lagipun borang aduan telah diberi kepada persatuan penduduk yang di iktiraf sejak bulan Februari tahun lepas untuk di utaran masalah kepada sidang Parlimen oleh Y.B Khalid Samad,tetapi tiada aduan yang di terima oleh pusat khidmat.Diharap selepas ini ada kerjasama erat antara persatuan penduduk dengan ADUN Y.B Yakob Sapari serta pusat khidmat Parlimen untuk kebaikan bersama.

3 ulasan:

BOGIMAN berkata...

Sekolah menjadi satu kepentingan pada penduduk Alam Budiman Sek U10. Perkara ini dari dahulu tidak dapat dijelaskan oleh pemaju dan JP.Selangor. Sekadar maklumat dari persatuan penduduk Sek U10 sahaja. Ini tidak cukup, kekalkan membawa perkara ini keatas. Penduduk Alam Budiman menyokong langkah yang telah diambil dan akan membantu mendapatkan sekolah.

Tanpa Nama berkata...

"Kerajaan Negeri hanya bertanggungjawab keatas pembinaan masjid, surau dan sekolah agama" . Tolong bg tau masjid dan surau mane yang dibina oleh 100% oleh kerajaan negeri selama memerintah ? Tengoklah betapa daifnya masjid sandaran permai. Kenapa tak buat peruntukan 100j untuk bina masjid diSelangor Buat kandang BABI 100juta boleh pulak..Jangan jadi BARUA DAP...

ARON berkata...

Tengoklah betapa daifnya masjid sandaran permai. Kenapa tak buat peruntukan 100j untuk bina masjid diSelangor Buat kandang BABI 100juta boleh pulak..Jangan jadi BARUA DAP...


Assalamualaikum...

Saya rasa orang yang beri comment diatas ini buta & kurang cerdik agaknya...perkataan daif pun tak tahu nak beza...Surau Sandaran permai dikatakan daif...Surau yang dilengkapi dengan carpet, Air cond & ada bilik mesyuarat yang cantik pun dikatakan daif...nampak sangat kau ni tak datang ke Surau..

Apa guna buat Masjid berjuta-juta tapi yang datang solat Magrib/Ishak tak sampai 1 shaf..solat Subuh 5,6 orang aje..bila nak buat kenduri tahlil barulah nak datang & ingat Surau..ini adalah reality ..bukan nak mengata sesiapa pun...jangan salah tafsir pulak ye....

Kalau nak beri comment tu janganlah ikutkan perasaan marah & cemburu pada orang..inilah akibatnya.

Janganlah sedap mulut kata orang BARUA DAP...yang orang UMNO undi orang India ( MIC )diHulu Selangor hari itu...macam mana...tak jadi BARUA MIC ke ????kata UMNO nak jaga maruah orang MELAYU & ISLAM...kenapa orang UMNO tak undi aje Zaid Ibrahim..kenapa undi Kamalanathan ???? Kamalanathan tu lebih MELAYU & ISLAM ke dari Zaid Ibrahim ???

Janganlah jadi manusia HIPOKRIT...

Sebenarnya saya malas nak layan orang kurang cerdik macam kau ni tapi...sebab kau sentuh pasal Surau Sandaran Permai...terpaksalah beri comment ini.

Insaflah ...jangan suka cari salah orang..carilah salah pada diri kita sendiri..lagi baik

Wassalam,

ARON SAFDARJAN