Halaman

Khamis, Januari 21, 2010

JPN pandang serius isu sekolah

Sumber : Sinar harian

SHAH ALAM – Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Selangor memberi perha- tian serius dan sudah mengambil tindakan sewajarnya berhubung masalah yang dihadapi oleh masyarakat yang tinggal di kawasan Puncak Perdana atau turut dikenali sebagai ‘Shah Alam Utara’.

Pengarah Jabatan Pela jaran Negeri Selangor, Dr Zahri Aziz berkata, jabatan sudah mengemukakan permohonan kepada Kemen terian Pelajaran Malaysia agar dibina dua buah sekolah rendah dan menengah di kawasan berkenaan.

“Kita sudah mengemukakan permohonan kepada kementerian yang mencadangkan sebuah Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana dibina di Seksyen U9 dan turut mencadangkan agar sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Perdana, dibina di Seksyen U10.

“Jabatan juga telah meminta agar cadangan pembinaan kedua sekolah ini dimasukkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK 10), bersama sekolah di kawasan lain di negeri ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Sinar Harian semalam, melaporkan mengenai penantian hampir 10,000 penduduk di sekitar Seksyen U10 dan Seksyen U9, Puncak Perdana, dekat sini serta kawasan berhampiran yang mahu kemudahan sekolah dibina di kawasan itu.

Menurutnya, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor turut meminta agar permohonan untuk membina kedua sekolah itu diberi keutamaan oleh Kemen terian, dan berharap agar ia dapat direalisasikan seberapa segera.

“Kita memang merancang untuk membina sekolah di kawasan yang mempunyai bilangan penduduk yang ramai,” katanya.

3 ulasan:

Unknown berkata...

Kami yakin JPN tidak ada langsung membuat follow-up. Pak Halim dan MPP Zon 20 kena banyak tanya pada GBPPPU10. Kami nampak mereka ada banyak bukti-bukti surat-kerja. Saya setuju Pak Halim ikut mereka rapat-rapat dengan GBPPPU10 sebabnya MPP Zon 20 banyak yang tak faham. Cuba baca blogger mereka

http://tamansandaranpermai.blogspot.com/

PENGERUSI PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT U10 SHAH ALAM berkata...

terima kasih kepada tuan bisobonar yang perihatin. makluman kepada tuan...
persatuan penduduk TSP sudah expired sejak lama. sampai sekarang tidak nampak tanda2 nak adakan AGM. jadi macamana boleh wujud GBPPPU10. apa2 maklumat yang tuan dapat daripada blog TSP, kami anggap ianya merupakan tulisan peribadi tuan punya blog. seolah-olah penulis tersebut syok sendiri sahaja. kalau betul beliau nak berkerjasa dengan kami beliau boleh datang dan berbincang dengan kami secara terus. bagi kami tiada masalah untuk berkerjasama dengan sesiapa tetapi kami rasa penulis ini tidak berminat untuk berkongsi dengan kami dan hanya tahu munulis dalam blog dan hanya tahu menuding jari kepada pelbagai pihak sahaja. malahan sesetengah jabatan di bawah kerajaan pusat tidak mahu berkerjasama dengan kerajaan negeri walau pun untuk kebaikan rakyat kerana politik sempit kerajaan pusat. walaubagaimana pun kami akan cuba lakukan yang terbaik dengan cara kami sendiri... sekian

Tanpa Nama berkata...

Saya ada chek dengan kawan kawan kat MOE tu, kawasan U10 ni adalah tip top list Menteri Pelajaran untuk buat sekolah dalam RMK10, dalam pertengahan 2011 akan bermula. Terima kasih kepada Tan Sri Muhyidin.