Halaman

Ahad, Disember 13, 2009

Nazri, Teksi dan Tandas....

Kenapa kebanyakan tandas awam di Malaysia di'kenali' ramai sehingga pelancong pun memberi rating no.2. Apa, no.2? Oooops, no.2 paling teruk selepas perkhidmatan teksi.

Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah dikutuk hebat oleh pengusaha teksi kerana membandingkan teksi dengan tandas. Beliau kata perkhidmatan teksi lebih teruk dari tandas.

Kita tidak tahu apa maksud tersirat di sebalik kenyataan itu. Sudah tentu beliau mempunyai hujah yang kuat untuk berkata demikian. Beliau pun mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang teksi, kerana dulu dia yang jaga 'permit' teksi.

Hendak banding teksi dengan tandas secara 'seketul-seketul' memang tak boleh, kerana tandas walau macamana bersih sekali pun, sifatnya untuk buang najis, manakala teksi walau macamana bersih sekali pun, sifatnya untuk mengangkut orang dari satu tempat ke satu tempat.

Tetapi yang pasti kedua-dua itu walau macamana bersih sekalipun, perkhidmatannya bukanlah untuk jangka masa yang lama kerana tak ada orang yang guna kedua-dua perkhidmatan itu untuk tempat beristirehat seperti berbaring-baring untuk tidur.

Ada juga kedengaran segelintir pemandu teksi yang mencabul dan merogol penumpang dan ada juga kita dengar orang buang bayi dalam tandas.

Walau apapun pemandu teksi janganlah berhati 'busuk' membawa penumpang dengan tidak memasang meter, mencabul dan merogol penumpang serta membiarkan teksi kotor seperti pengguna tandas yang mengguna tandas tanpa sempat mengguna otak, 'melepas' tanpa menjaga kebersihan.

Kepada Nazri,jangan begitu angkuh dan bercakap secara semberono.Kenyataan yang dibuat oleh beliau secara membuta tuli, tidak telus dan prejudis serta mendiskriminasi para pemandu teksi di negara ini adalah tidak wajar dan seharusnya di elakkan kerana beliau adalah pemimpin masyarakat.

Tiada ulasan: