Halaman

Rabu, Disember 02, 2009

Keputusan status Khalid Khamis ini

Sumber : Sinar Harian

SHAH ALAM - Status tauliah sementara ke atas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tauliah Negeri Selangor Khamis ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah Jais, Ahmad Zaki Arsyad berkata, mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamed Khusrin Munawi.

Sementara itu, ketika dipetik dari sebuah portal berita menyebut mesyuarat jawatankuasa itu akan dianggotai tujuh orang, termasuk Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Ahli Jawatankuasa itu akan memutuskan sama ada mengekalkan keputusan sedia ada atau memanggil Khalid itu untuk menjalani temuduga semula.

Langkah ini diambil memandangkan terdapat pihak yang merayu supaya penarikan tauliah dikekalkan dan ada yang merayu supaya Khalid diberikan tauliah semula.

Dalam perkembangan yang berkaitan, sebanyak 1,013 tandatangan berjaya dikumpulkan oleh ahli kariah masjid dan surau Parlimen Shah Alam bagi membantah tindakan Jais menarik balik tauliah sementara ke atas Khalid dengan alasan khutbah yang disampaikan tidak mantap.

Ahli Majlis Kariah, Ismahali Ismail berkata, berdasarkan pemerhatian ahli-ahli kariah yang pernah mengikuti ceramah, kuliah, seminar, tazkirah dan khutbah yang disampaikan oleh Khalid, mereka mendapati penyampaian beliau amat mantap, jelas serta bertepatan dengan nas-al-Quran dan Hadis.

“Kami berharap pihak Jais yang bertanggungjawab terhadap Institusi Agama di negeri Selangor tidak menjadi batu penghalang kepada usaha dan kerja dakwah.

“Nama dan tandatangan yang dilampirkan menunjukkan ketegasan kami menyokong kerja dakwah yang beliau jalankan dan berharap apa yang dilakukan beliau (Khalid) selama ini tidak disekat atau dihalang untuk menyebarkan kebenaran agama,” katanya.

Beliau bercakap demi kian ketika ditemui bersama lapan wakil ahli kariah masjid dan surau Parlimen Shah Alam yang diketuai oleh Mohd Jamil menyerahkan memorandum tersebut kepada Ahmad Zaki, di pejabatnya

Katanya, mereka berharap agar urusan memberi tauliah di negeri Selangor dipermudahkan dan tidak disalahgunakan mana-mana pihak demi perkembangan dakwah Islam di negeri ini.

Nota : Penduduk Seksyen U9,U10 dan U14 yang di ketuai oleh Abdul Halim menyokong memorandum bantahan yang di buat oleh ahli kariah masjid dan surau kawasan Parlimen Shah Alam pada hari tersebut. Sekiranya khutbah yang disampaikan oleh YB Khalid Samad tidak mantap, hendaklah diberikan kursus, bukan di tarik tauliah beliau. Harap pihak JAIS lebih bartanggungjawab untuk kebaikan semua pihak - Abdul Halim

Tiada ulasan: