Halaman

Jumaat, Oktober 31, 2008

Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri


Seksyen U10 - Pada tanggal 21.09.2008 MPP ZON 20 dengan kerjasama Surau Al-Ikhwan dan Pusat Khidmat Masyarakat Seksyen U10 Shah Alam telah mengadakan majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Hari Raya. Penerima-penerima sumbangan terdiri dari semua kaum meliputi beberapa katogeri iaitu golongan orang-orang tua, kurang upaya, muaalaf, ibu-ibu tunggal dan pelajar cemerlang UPSR 2007.
Meraka menerima barangan keperluan harian, makanan, duit raya dan sijil bagi pelajar cemerlang. Seramai lebih 30 penerima telah berjaya disampaikan. Sumbangan disampaikan oleh YB. Hj. Khalid b. Abd Samad, Ahli Parliment Shah Alam. Dibantu oleh Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat U10 En Abd Halim b. Ali. Majlis dipengerusikan oleh En. Hj. Ahmad Redzuan b. Abd Hamid, Setiausaha Kehormat MPP Zon 20 Shah Alam.

Tiada ulasan: