Halaman

Khamis, Mac 11, 2010

Penyelesaian buntu, Salah siapa?

Pada 1 Mac, telah di aturkan satu perjumpaan antara penduduk taman untuk menyelesaikan masalah gerai yang beroperasi secara tidak sah di hadapan asrama UITM Puncak Perdana.Malangnya, orang yang bertanggungjawab seperti Encik Adnan Abdul Kadir yang kononnya prihatin dengan masalah penduduk Taman Sandaran Permai tidak hadir.Blog beliau di sini kononnya prihatin, tapi bila di panggil ajak berbincang, tidak datang.Masuk ni dah dua kali beliau di panggil, tapi tidak datang.Dengan menggunakan nama persatuan penduduk yang telah 'expired' beliau kononnya memperjuangan nasib penduduk tapi sebenarnya berkempen untuk parti UMNO beliau.Dengan memaparkan masalah penduduk dalam masa yang sama memperlekehkan kepimpinan yang ada.Tapi bila di panggil berbincang, tidak datang.Adakah orang yang pengecut seperti beliau layak menjuarai masalah rakyat? Hanya tahu baling batu sembunyi tangan.Bila ajak berdepan, tidak mahu.Di bawah ni bukti screenshot menunjukkan persatuan taman beliau yang sudah lama mati.



Harap penduduk Taman Sandaran Permai dapat buat satu EGM untuk melantik kepimpinan baru demi kebaikan bersama.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lebih baik berkempen untuk UMNO daripada berkempen untuk DAP. Umno tu Islam dan Melayu, adakah DAP tu lebih Islam dan Lebih Melayu dari UMNO?

ARON berkata...

"COMMENT DARI BLOG SANDARAN PERMAI"

Kepada yg menghentam umno tu saya cadangkan supaya jgn berselindung disebalik nama parti islam la...parti adil la...terus la mengaku korang ni barua DAP...melayu yg berhati DAP je yg sanggup jatuhkan melayu lain.

May 26, 2010 2:08 AM


Assalamualikum...
Kepada yang beri COMMENT yang tak bernama ini..sekali lagi saya nak katakan..janganlah beri COMMENT tanpa nama ...sia-sia ayah kamu beri nama...tapi tak guna nama
sendiri...jangan jadi pengecut.. awaklah orang sama yang beri COMMENT di BLOG SANDARAN PERMAI..betul tak ???


Apa guna sokong orang MELAYU dalam UMNO jika pemimpin no.1 pun
isterinya tak tutup aurat...macam mana nak beri contoh & ikutan yang baik.ISLAM hanya pada nama aje.

Pemimpin UMNO lah yang menjadi perosak bangsa MELAYU & ISLAM..bukannya bangsa lain.

Kerana UMNO lah mencadang,meluluskan dan menHALALkan JUDI BOLASEPAK baru2 ini..demi nak jaga kepentingan orang CINA betul tak ??? siapakah
yang jadi BARUA orang CINA..?
orang UMNO atau orang PAS ???

Orang UMNOlah yang bersubahat
dengan YAHUDI laknattullah..APCO

Parti manakah yang melucutkan keistimewaan Raja-Raja MELAYU..??
Bukan DAP atau PAS ..tapi UMNO.

Adakah orang UMNO itu MELAYU maka kita kena sokong membuta tuli...tanpa memikirkan akibatnya.

Orang MELAYU memang mudah lupa..
Taklah salah kata Mahathir "MELAYU MUDAH LUPA" macam-macam penipuan dan kezaliman yang pemimpin UMNO buat pun...orang MELAYU tetap sokong jugak..

Sedarlah..janganlah taksub & bangga
dengan bangsa...Allah tak tanya bangsa & keturunan kita.. yang ditanya adalah AMALAN & IMAN kita.

Jadi... fikir-fikirkanlah

Wassalam

ARON B. SAFDARJAN

Tanpa Nama berkata...

UNDI PAKATAN RAKYAT = UNDI DAP
susah sangat ke korang nak paham...
jgn butakan hati..

Unknown berkata...

Katakan 'TIDAK' kepada pakatan. Tetapi 'YE' kepada UMNO. UMNO tu manusia biasa ada sikit kekurangan tapi banyak lagi kebaikan dan kelebihan. Ada faham Aron!