Halaman

Khamis, Disember 31, 2009

Perjumpaan antara Menteri Besar Perak dan PAS Shah Alam



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

PAS Shah Alam amat berbesar hati dengan kunjungan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin.Majlis ramah mesra antara PAS Shah Alam dan YB Dato Seri Nizar di jalankan dengan suasana mesra.Beliau di raikan sendiri oleh Yang Di Pertua PAS Shah Alam, YB Ir Khalid Samad sebagai tuan rumah.Banyak pengalaman dan bertukar pendapat serta strategi dapat di kongsi bersama pada majlis itu.Selain itu ada juga di terangkan situasi terkini tentang konflik perlembagaan yang berlaku di Perak.

Jawatankuasa PAS Cawangan u10 amat berharap situasi di Perak dapat di selesaikan mengikut saluran Perlembagaan yang betul dan berharap kerjasama yang baik dapat di jalinkan antara PAS Perak serta PAS Shah Alam pada masa akan datang.Semoga kerjasama yang terjalin dapat menguatkan dan memantapkan jentera pilihanraya serta gerakan Islam di Selangor khususnya di Shah Alam.Harapan agar PRU akan datang Putrajaya akan dapat di tawan,Insyaallah.

Aktiviti Hujung Tahun Bersama Surau Al-Ikhwan



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti biasa setiap hujung tahun akan di adakan aktiviti untuk mengisi masa lapang pada cuti persekolahan.MPP Zon 20 dengan kerjasama Surau Al-Ikhwan mengadakan aktiviti forum Maal Hijrah serta Kem Remaja.Antara pengisian yang di jalankan untuk kem remaja ialah Smart Solat,Lawatan ke Pusat Kebajikan di Titian Kasih serta perlawanan futsal antara remaja dan AJK Surau Al-Ikhwan serta MPP Zon 20.Majlis juga di serikan dengan kehadiran YB Ir Khalid Samad yang sudi hadir pada forum Maal Hijrah dan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan futsal.Semoga program-program seperti ini dapat di teruskan pada masa akan datang.Insyaallah

Selasa, Disember 15, 2009

Malang tak berbau: Ruang Dapur Rumah Solihin Terbakar



Assalamualaikum

Dukacita dimaklumkan bahawa satu kemalangan telah menimpa kepada ahli kariah kita,saudara Salihin.Kebakaran telah hanya berlaku di ruang dapur rumah beliau. Barangan yang terbakar seperti kabinet dapur, kipas, periuk, dapur gas, pinggan mangkuk dan banyak lagi. Tong gas yang berada di situ tidak meletup. Atas inisiatif saya, Abdul Halim, selaku pengerusi MPP Zon 20 kawasan Shah Alam, kami telah mengadakan derma kilat untuk meringankan sedikit bebanan beliau utk membaik pulih semula ruang dapur yang terbakar. Sebarang derma boleh dibuat di Surau Al-Ikhwan, Sandaran Permai dan tabung derma kilat ada disediakan di surau tersebut. Orang ramai yang ingin menderma boleh berbuat demikian di Surau Al-Ikhwan. Semoga derma ikhlas tuan puan di berkati oleh Allah seterusnya dapat meringankan beban Saudara Solihin

Sekian Terima Kasih

Analisis doa bala Nik Aziz sebelum jatuh hukum

Oleh Abdullah Bukhari

Polemik doa bala Datuk Nik Aziz kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib masih hangat diperkatakan, sama ada pihak yang menyokong atau menentang. Namun, sebelum sebarang hukuman dijatuhkan ke atas tindakan Nik Aziz, polemik ini terlebih dahulu perlu dianalisis secara ilmiah menurut neraca al-Quran dan al-Sunnah.

Analisis ini amat penting demi untuk menyelamatkan masyarakat awam bawa-han yang tampaknya sedang kebingu-ngan di celah permainan ahli politik. Secara umumnya berdoa buruk kepada orang lain adalah ditegah oleh baginda Rasulullah SAW sebagaimana sabdanya: Jangan berdoa buruk ke atas diri kamu sendiri, anak-anak kamu, khadam kamu dan harta-benda kamu kerana ditakuti bertembung dengan waktu penerimaan doa, (maksud buruk itu) maka akan diperkenankan oleh Allah. (Sahih Muslim & Sunan Abu Dawud).

Namun begitu, dalam keghairahan menyalahkan Nik Aziz, kebanyakan daripada kita seolah-olah terlupa pula sudut lain yang menjadi punca tercetus-nya isu ini. Oleh itu untuk berlaku lebih adil dan ilmiah kepada semua pihak, sebarang keputusan perlu mengambil kira aspek punca sesuatu isu.

Bagi memahami isu ini dalam skop lebih luas dan praktikal, kita perlu melihat kepada contoh sudah sekian lama berlaku di dunia, iaitu kempen anti keganasan dilancarkan Amerika Syarikat. Walaupun sudah bertahun kempen tersebut dijalankan dengan beberapa pendekatan ekstrem seperti penaklukan Afghanistan, Iraq dan penahanan ramai tokoh yang dicop sebagai pengganas, angka keganasan tidak pernah berkurang.

Kegagalan ini boleh dikatakan berpunca daripada kebebalan pihak Amerika untuk mengubati punca penyakit keganasan, iaitu penindasan dan sikap berat sebelah negara kuasa besar itu kepada umat islam terutama di Palestin.

Premis yang sama perlu digunakan dalam menangani polemik doa bala yang diucapkan Nik Aziz kerana rata-ratanya mengecam tanpa melihat mendalam kepada punca kenyataan beliau itu.

Sebagai seorang Menteri Besar dilantik rakyat Kelantan melalui pilihanraya yang sah,tindakbalas beliau tidak berpuas hati dengan penafian hak royalti minyak oleh Kerajaan Pusat sebenarnya logik dan masuk akal.Ini kerana beliau bukan bercakap atas platform seorang Mursyidul Am Pas semata-mata,sebaliknya mewakili sebuah kerajaan pilihan rakyat Kelantan.Berdoa pula langkah paling ringkas,mudah dan berkesan untuk menegaskan rasa tidak puas hati serta meraih simpati rakyat.

Merujuk rasa tidak puas hati dalam diri manusia pula,baginda Rasulullah SAW sendiri pernah bersedih dan berdoa buruk selama sebulan dalam qunut solat Subuh kepada kabilah Ra'l,Dhakwan dan 'Ussayyah yang telah membunuh para pendakwah daripada kalangan sahabat baginda dalam peristiwa Bi'r al-Ma'unah (Sahih al-Bukhari & Muslim).Namun begitu, baginda SAW berhenti berdoa setelah diturunkan ayat berikut:

Engkau tidak berhak sedikitpun (wahai Muhammad) dalam urusan (orang ingkar) itu, (kerana urusan mereka tertentu bagi Allah), samada dia menerima taubat mereka atau menyeksa mereka; kerana sesungguhnya mereka itu orang yang zalim (Ali 'Imran [3:128]).

Setelah melihat dalil ini, mungkin ada memberi alasan doa para rasul itu ditujukan kepada orang kafir dan bukan untuk sesama Islam sebagaimana polemik yang sedang berlaku.Namun, perlu diingat, faktor kufur hanya bersikap minor jika dibanding denagn faktor zalim.

Apa salahnya jika wang ihsan itu disalurkan terus kepada kerajaan pilihan rakyat Kelantan kerana ia tampak lebih bertamaddun dan terhormat.Jika kehendak kerajaan Kelantan dipenuhi dengan penuh professional, sudah tentu doa buruk Nik Aziz tidak akan timbul sama sekali.

Ahad, Disember 13, 2009

Nazri, Teksi dan Tandas....

Kenapa kebanyakan tandas awam di Malaysia di'kenali' ramai sehingga pelancong pun memberi rating no.2. Apa, no.2? Oooops, no.2 paling teruk selepas perkhidmatan teksi.

Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah dikutuk hebat oleh pengusaha teksi kerana membandingkan teksi dengan tandas. Beliau kata perkhidmatan teksi lebih teruk dari tandas.

Kita tidak tahu apa maksud tersirat di sebalik kenyataan itu. Sudah tentu beliau mempunyai hujah yang kuat untuk berkata demikian. Beliau pun mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang teksi, kerana dulu dia yang jaga 'permit' teksi.

Hendak banding teksi dengan tandas secara 'seketul-seketul' memang tak boleh, kerana tandas walau macamana bersih sekali pun, sifatnya untuk buang najis, manakala teksi walau macamana bersih sekali pun, sifatnya untuk mengangkut orang dari satu tempat ke satu tempat.

Tetapi yang pasti kedua-dua itu walau macamana bersih sekalipun, perkhidmatannya bukanlah untuk jangka masa yang lama kerana tak ada orang yang guna kedua-dua perkhidmatan itu untuk tempat beristirehat seperti berbaring-baring untuk tidur.

Ada juga kedengaran segelintir pemandu teksi yang mencabul dan merogol penumpang dan ada juga kita dengar orang buang bayi dalam tandas.

Walau apapun pemandu teksi janganlah berhati 'busuk' membawa penumpang dengan tidak memasang meter, mencabul dan merogol penumpang serta membiarkan teksi kotor seperti pengguna tandas yang mengguna tandas tanpa sempat mengguna otak, 'melepas' tanpa menjaga kebersihan.

Kepada Nazri,jangan begitu angkuh dan bercakap secara semberono.Kenyataan yang dibuat oleh beliau secara membuta tuli, tidak telus dan prejudis serta mendiskriminasi para pemandu teksi di negara ini adalah tidak wajar dan seharusnya di elakkan kerana beliau adalah pemimpin masyarakat.

Khamis, Disember 10, 2009

Program Jelajah Jom Kerja Selangor



PROGRAM WALK-IN INTERVIEW JOM KERJA

Tarikh : 14 hingga 15 Disember 2009

Tempat : Dewan Sri Jugra, Banting

Aktiviti : Walk-In Interview akan diadakan pada 14 dan 15 Disember 2009 dan sesi temuduga ini akan dikendalikan sendiri oleh pihak syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja.

----
Sumber : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Selangor

Saya tidak akan minta maaf - Nazri

Sumber : Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menegaskan tidak akan menarik balik kenyataannya dan memohon maaf berhubung pandangan kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai modul Kursus Biro Tatanegara (BTN) bersifat perkauman.

Katanya, walaupun pelbagai pihak, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengkritiknya atas kenyataannya itu, beliau tidak akan memohon maaf kepada Dr Mahathir.

“Sekarang ini di bawah Datuk (Seri) Najib kita ada 1Malaysia, maka sudah tentulah kita (BTN) punya kurikulum yang menampakkan 1Malaysia, sama ada dibuat sekarang, dulu, tak kiralah, tetapi dipinda. Itu yang penting. Jadi kita nak sesuaikan dengan apa yang Najib nak, beliau Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Katanya, terdapat anggota parti pembangkang yang dahulunya terlibat secara langsung dengan BTN sebagai pengarah dan fasilitator. Oleh sebab itu kerajaan tidak boleh menafikan kumpulan ini tahu kandungan sebenar modul kursus itu.

“Apa kebaikan yang anda dapat daripada modul yang memberitahu khalayak ramai bahawa hanya orang Melayu berjuang bagi kemerdekaan? Apa kebaikan yang anda dapat daripadanya? Adakah anda mengatakan bahawa orang Cina dan India tidak berjuang (bagi kemerdekaan)? Adakah anda mengatakan yang mereka bersama-sama dengan penjajah? Itu tidak adil,” katanya.

Mohamed Nazri menjelaskan beliau tidak bermaksud untuk tidak menghormati bekas perdana menteri itu dan ucapan beliau itu hanya merupakan hujahan balas terhadap kritikan Dr Mahathir terhadapnya.

“Jangan anggap saya bersikap tidak hormat. Beliau bebas memberikan komen terhadap kita. Dengan itu beliau perlu menerima hakikat beliau juga terbuka kepada kritikan,” katanya.

Mohamed Nazri berkata, beliau tidak akan meletak jawatan berhubung perkara itu dan tidak akan menarik balik komennya terhadap Dr Mahathir.

Diminta mengulas kenyataan Muhyiddin kelmarin, Mohamed Nazri berkata orang ramai berhak tahu pandangan kedua-dua pihak dan pemimpin tidak boleh menyembunyikan fakta daripada orang ramai.

Bagaimanapun, Mohamed Nazri berkata, beliau menghormati pandangan Muhyiddin dan berpendapat Timbalan Perdana Menteri itu mengambil peranan untuk cuba menyelesaikan masalah.

“Tak apalah dia nak komen, biarlah. Dia tak mahu tengok benda ini berlarutan. Jadi tak apalah, itu pandangan dia,” katanya.

Nota : Perkauman bukan faktor untuk menyelesaikan pertelagahan.Kembali pada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah merupakan medium terbaik utk perpaduan kaum.Bukan sekadar slogan 1Malaysia yang hanya retorik semata-mata.

Rabu, Disember 02, 2009

Keputusan status Khalid Khamis ini

Sumber : Sinar Harian

SHAH ALAM - Status tauliah sementara ke atas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tauliah Negeri Selangor Khamis ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah Jais, Ahmad Zaki Arsyad berkata, mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamed Khusrin Munawi.

Sementara itu, ketika dipetik dari sebuah portal berita menyebut mesyuarat jawatankuasa itu akan dianggotai tujuh orang, termasuk Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Ahli Jawatankuasa itu akan memutuskan sama ada mengekalkan keputusan sedia ada atau memanggil Khalid itu untuk menjalani temuduga semula.

Langkah ini diambil memandangkan terdapat pihak yang merayu supaya penarikan tauliah dikekalkan dan ada yang merayu supaya Khalid diberikan tauliah semula.

Dalam perkembangan yang berkaitan, sebanyak 1,013 tandatangan berjaya dikumpulkan oleh ahli kariah masjid dan surau Parlimen Shah Alam bagi membantah tindakan Jais menarik balik tauliah sementara ke atas Khalid dengan alasan khutbah yang disampaikan tidak mantap.

Ahli Majlis Kariah, Ismahali Ismail berkata, berdasarkan pemerhatian ahli-ahli kariah yang pernah mengikuti ceramah, kuliah, seminar, tazkirah dan khutbah yang disampaikan oleh Khalid, mereka mendapati penyampaian beliau amat mantap, jelas serta bertepatan dengan nas-al-Quran dan Hadis.

“Kami berharap pihak Jais yang bertanggungjawab terhadap Institusi Agama di negeri Selangor tidak menjadi batu penghalang kepada usaha dan kerja dakwah.

“Nama dan tandatangan yang dilampirkan menunjukkan ketegasan kami menyokong kerja dakwah yang beliau jalankan dan berharap apa yang dilakukan beliau (Khalid) selama ini tidak disekat atau dihalang untuk menyebarkan kebenaran agama,” katanya.

Beliau bercakap demi kian ketika ditemui bersama lapan wakil ahli kariah masjid dan surau Parlimen Shah Alam yang diketuai oleh Mohd Jamil menyerahkan memorandum tersebut kepada Ahmad Zaki, di pejabatnya

Katanya, mereka berharap agar urusan memberi tauliah di negeri Selangor dipermudahkan dan tidak disalahgunakan mana-mana pihak demi perkembangan dakwah Islam di negeri ini.

Nota : Penduduk Seksyen U9,U10 dan U14 yang di ketuai oleh Abdul Halim menyokong memorandum bantahan yang di buat oleh ahli kariah masjid dan surau kawasan Parlimen Shah Alam pada hari tersebut. Sekiranya khutbah yang disampaikan oleh YB Khalid Samad tidak mantap, hendaklah diberikan kursus, bukan di tarik tauliah beliau. Harap pihak JAIS lebih bartanggungjawab untuk kebaikan semua pihak - Abdul Halim