Sabtu, November 28, 2009
Aktiviti Korban Hari Raya Aidil Adha
Kita rasa amat bertuah kerana Majlis Korban antara Surau Al-Ikhwan Taman Sandaran Permai dan Surau Raudhotul Firdaus Alam Budiman telah dikunjungi oleh Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid b. Abd Samad pada 28.11.2009. Peluang ini digunakan beliau untuk menjamu selera dan beramah mesra bersama penduduk setempat. Beliau amat memuji atas kerjasama antara penduduk bagi menjayakan majlis tersebut dan berharap usaha tersebut dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.
Sabtu, November 29, 2008
Penurapan Padang
Taman Sandaran Permai 6 Nov - Dengan daya usaha Pusat Khidmat Masyarakat U10 kerja-kerja penurapan padang sebelah Surau Al-Ikhwan telah selesai pada 6 November 2008. Dengan keluasan lebih kurang 2000 kaki persegi padang serbaguna ini mampu untuk dijadikan sebagai tapak majlis forum, tapak jamuan, tempat pakir tambahan Surau juga mungkin sebagai tempat `alternative' kanak-kanak bermain bola di petang hari daripada mereka bermain ditengah jalan pada masa sekarang dan lain-lain.
Isnin, November 24, 2008
Subang Impian
Subang Impian 22 Okt- Pusat Khidmat Masyarakat dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 20 telah menerima panggilan daripada Wakil Persatuan Penduduk Taman Subang Impian Berkenaan kerja-kerja mengorek lubang saluran paip air oleh pemaju perumahan bersebelahan di kawasan perumahan mereka. Pihak MBSA telah di panggil pada masa itu juga untuk menyelesaikan perkara tersebut. Setelah perbincangan dibuat Pihak MBSA mengarahkan kerja-kerja mengorek lubang berkenaan dihentikan dengan serta-merta dan kontraktor berkenaan bersetuju. Susulan dengan itu satu mesyuarat akan diatur antara tiga pihak iaitu MBSA, Pemaju Perumahan dan Persatuan Penduduk Taman Subang Impian pada masa yang akan di tetapkan.
Langgan:
Catatan (Atom)