Jumaat, Oktober 31, 2008
Masalah Denggi Di Seksyen U10
Keadaan Kes Denggi di Syeksyen U10 Shah Alam amat membimbangkan. Kawasan ini antara 2 `locality' yang telah diistiharkan sebagai kawasan ZON MERAH. Dengan ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Daerah Petaling dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat U10 dan usahasama MPP Zon 20 telah berganding bahu cuba mengatasi masalah tersebut. Boleh dikatakan hampir setiap hari terdapat kes yang baru. Setakat berita ini di tulis belum ada kes yang melibatkan kematian. Jadi dengan keadaan kes yang amat membimbangkan di kawasan Seksyen U10 maka Kementerian Kesihatan Daerah Petaling telah menjadikan Seksyen U10 adalah KAWASAN ANGKAT. Program ini akan dilaksanakan selama enam bulan dari bulan Ogos 2008 yang lepas. Seorang pegawai KKM Daerah Petaling En. Zulkifle b. Abd Hamid dibantu oleh beberapa orang pegawai telah dipertanggungjawabkan di kawasan ini. Satu jawatankuasa bersama dibentuk antara penduduk sekitar taman Seksyen U10 termasuk Seksyen U14 (Kg. Budiman) dan KKM Daerah Petaling. Di Pengerusikan oleh En. Abd Halim b. Ali yang juga Pengerusi Khidmat Masyarakat U10 dan En. Ahmad Reduan b. Abd. Hamid sebagai Timbalan Pengerusi. Mesyuarat rasmi yang pertama diadakan pada 06.09.2008 bertempat di Bilik Mesyuarat Surau Al-Ikhwan Taman Sandaran Permai. Bermula jam 5.15 petang hingga jam 6.45 petang. Beberapa keputusan telah dicapai dan telah dilaksanakan antaranya satu siri ceramah/penerangan oleh pegawai KKM Daerah Petaling En. Zulkifle. Ceramah/penerangan di Surau Taman Puncak Perdana pada 14.09.2008 selepas Solat Subuh dan Surau Al-Ikhwan Taman Sandaran Permai pada 17.09.2008 selepas empat rakaat Solat Terawikh. Perkembangan lanjut akan menyusul.....
Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri
Meraka menerima barangan keperluan harian, makanan, duit raya dan sijil bagi pelajar cemerlang. Seramai lebih 30 penerima telah berjaya disampaikan. Sumbangan disampaikan oleh YB. Hj. Khalid b. Abd Samad, Ahli Parliment Shah Alam. Dibantu oleh Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat U10 En Abd Halim b. Ali. Majlis dipengerusikan oleh En. Hj. Ahmad Redzuan b. Abd Hamid, Setiausaha Kehormat MPP Zon 20 Shah Alam.
Khamis, Oktober 30, 2008
Alhamdulillah mendapat sambutan yang baik daripada penduduk sekitar. Diadakan di sebelah Surau Al-Ikhwan, Taman Sandaran Permai, Shah Alam. Bertujuan memberi maklumat-maklumat terkini dan mendengar masalah-masalah rakyat yang berbangkit. Majlis dipengerusikan oleh Hj. Ahmad Reduan b. Abd hamid.
Kenduri Kesyukuran
Satu kenduri kesyukuran telah di adakan pada bulan April diatas kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya yang lalu. Seekor lembu telah `tumbang' yang di hadiahkan oleh YB. Hj. Yaakob b. Sapari ADUN Kota Anggerik.
Isnin, Oktober 27, 2008
Pengenalan
Selamat datang ke Pusat Khidmat Masyarakat U10 Puncak Perdana Shah Alam!
Bila ditubuhkan?
Pusat Khidmat Masyarakat U10 ditubuhkan pada bulan May 2008.
Di mana saya berada?
Terletak lebih kurang 20 km ke utara dari Bandaraya Shah Alam. Bersebelahan Kg Budiman Meru, Bukit Jelutong dan Taman Bukit Cahaya Sri Alam Shah Alam.
Apa yang terdapat di Seksyen U10 Shah Alam?
Meliputi beberapa taman perumahan dan sebuah institusi pengajian tinggi UiTM Kampus Puncak Perdana. Taman- taman perumahan adalah seperti Taman Subang Impian, Taman Sunway Alam Suria, Taman Kayangan Height, Taman Nusa Rhu, Pangsapuri Resak, Taman Puncak Perdana dan Taman Sandaran Permai. Juga terdapat kawasan gerai makan, kedai runcit, kedai dobi, kedai alat tulis dan internet dan kedai telekomunikasi.
Bagaimana hendak sampai kesini?
Boleh datang melalui kenderaan sendiri atau khidmat pengangkutan awam seperti bas dan teksi.

Langgan:
Catatan (Atom)